Wednesday, November 4, 2020

PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS

 

MAKSUD MEDIA SOSIAL 
 


   Pada zaman teknologi kini media sosial menjadi satu platform untuk berkomunikasi dengan cara atau melalui blog-blog, wiki, forum dan jaringan sosial seperti facebook, twitter, instagram, Whatsapp, TikTok, YouTube, Snapchat dan lain-lain. Bagi memahami dengan lebih mudah maksud media sosial adalah perlu untuk mengetahui maksud media terlebih dahulu. Radio, surat khabar dan televisyen adalah salah satu alat komunikasi media yang digunakan masyarakat untuk berhubung di antara satu sama lain.  Maklumat dan info yang disiarkan melalui media biasa seperti radio, surat khabar atau televisyen membataskan para pengguna kerana para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disiarkan.

     Di sinilah media sosial memainkan peranan penting apabila  para pengguna kini dengan mudah mendapatkan maklumat serta info terbaru dengan pantas serta dapat melemparkan pendapat masing-masing dan dapat berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan sama ada ruang dan waktu.

    Dapat dilihat kebelakangan ini media sosial telah menjadi tarikan utama bagi masyarakat serta para pengguna untuk menyalurkan serta menyampaikan maklumat dan dapat meyakini serta mempengaruhi pengguna lain dalam mempercayai maklumat yang disampaikan. Pengaruh media sosial yang amat besar serta tanpa sempadan ini perlu dilihat dari pelbagai sudut bukan sahaja dari sudut positif dimana ia juga mempunyai sudut negatif kerana tanpa apa-apa sekatan pelbagai info serta maklumat termasuklah hasutan, fitnah dan sebaran maklumat palsu dapat dibuat.






 
Definisi Pergaulan Bebas
    
    Pergaulan bebas merupakan salah satu penyakit yang melanda umat pada masa kini. Pada zaman pasca modenisasi ini, pergaulan bebas tidak lagi menjadi kudis kepada pandangan masyarakat. Selain itu, masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana kurangnya didikan agama. Remaja bergaul bebas tanpa mengira jantina menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negative. Oleh kerana itu, perlu dilakukan kajian mengenai masalah pergaulan bebas dalam kalangan remaja.

     Metodologi kajian meliputi cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian. Kesimpulan kajian ini iaitu golongan dikenali sebagai remaja ini merupakan seseorang yang berada dalam lingkungan umur 12 hingga 21 tahun yang sedang berada di dalam fasa peralihan dimana berlakunya perubahan menuju kematangan. Masalah pergaulan bebas boleh dibendung jika semua pihak termasuk agensi kerajaan atau bukan kerajaan bersama-sama berganding bahu membanteras masalah ini. Pihak utama yang perlu mengesan perkara ini ialah ibu bapa, dan lingkungan masyarakat.


Faktor Berlakunya Pergaulan Bebas
 
    Pergaulan tanpa batasan melalui aplikasi WhatsApp, WeChat dan pelbagai  aplikasi Meet and Greet yang lain turut menyumbang kepada masalah sosial  yang dihadapi oleh remaja ketika ini. Remaja,
khususnya remaja perempuan,  dilihat sebagai mangsa yang mudah untuk diperdaya oleh pemangsa-pemangsa  seksual bagi pelbagai tujuan yang tidak bermoral. Perkara ini sememangnya  merupakan salah satu cabaran yang nyata bukan sahaja bagi remaja, malah orang dewasa juga terperangkap dalam mainan yang dilakukan oleh pemangsa- pemangsa dalam media sosial.

    Media sosial juga menjadi tempat bagi golongan remaja untuk melayari laman-laman web yang  berunsur negatif seperti laman web pornografi. Perkara ini amatlah  membimbangkan memandangkan sebahagian besar ibu bapa masa kini terlalu  sibuk bekerja sehingga mengabaikan perhatian kepada keluarga. Maka tidak  mustahil sekiranya kanak-kanak terdedah secara langsung atau tidak langsung  kepada kepada unsur-unsur negatif yang bertebaran di internet. Berdasarkan kepada pendedahan tersebut, jelas menunjukkan situasi ini  amatlah membimbangkan. Kesan daripada akses kepada bahan pornografi yang  tidak terkawal boleh menyumbangkepada masalah sosial yang lain seperti rogol,  cabul dan sebagainya. Ini disebabkan oleh tiada kawalan oleh ibu bapa yang gagal memantau aktiviti anak-anak yang bebas melayari internet dan disebabkan  juga oleh perasaan ingin tahu dan meniru perlakuan yang tidak senonoh yang  ditonton di internet atau media sosial khususnya.

    Selain itu, media sosial juga dijadikan  sebagai tempat atau medan untuk mengukur populariti seseorang pengguna  media sosial tersebut. Terma-terma seperti “instafamous”, “tweeting”, “trending”  dan seumpamanya lahir daripada penggunaan media sosial pada masa kini.Namun, perkara ini secara tidak langsung telah memberikan atau  mengakibatkan pengguna-pengguna media sosial itu leka dan lalai dengan dunia yang dicipta di alam maya tersebut. Ini dapat dilihat apabila pengguna-pengguna  media sosial berusaha sedaya upaya untuk menangkap dan memuat naik  gambar-gambar mereka yang paling “sempurna” untuk tatapan pengguna media  sosial yang lain dan cuba untuk mendapatkan “likes” seberapa banyak yang  boleh. Hakikatnya adalah gejala ini telah menyebabkan ramai pengguna media  sosial pada masa ini hidup dalam kepura-puraan dan sentiasa bergantung  kepada komen atau “likes” daripada pengguna.




Kesan negatif penggunaan media sosial




     
Isu penyalahgunaan media sosial telah mendatangkan banyak impak negatif kepada remaja zaman sekarang. Antaranya ialah akan menyebabkan remaja terlibat dengan gejala yang tidak bermoral. Menurut Nor Azah dan Che Azlina dalam Mazulizam Ismail (2015), mendapati bahawa terdapat segelintir pengguna media sosial ini telah menyalahgunakan kemudahan komunikasi ini untuk mengakses laman yang tidak bermoral seperti laman pornografi yang akhirnya boleh mendorong mereka melakukan hubungan seksual dengan kekasih, rakan dan juga antara penyebab berlakunya peningkatan kes sumbang mahram dan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa di negara Malaysia. Buktinya, menurut laporan Utusan Online (2016), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima sebanyak 2,613 aduan berkaitan penyalahgunaan kandungan media sosial melibatkan kandungan lucah dan sumbang, palsu, mengancam atau jelik yang tertakluk kepada Seksyen 211 dan 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan lebih ramai remaja di negara kita akan tercicir daripada pelajaran dan tidak mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

 


Langkah-langkah Mengatasi Berlakunya Pergaulan Bebas

    Masalah penyalahgunaan media sosia secara bebas sehingga berlakunya pergaulan yang tidak dapat dikawal dalam kalangan remaja boleh diatasi dengan cara berikut....
Pertama, perhatian ibu bapa sangat penting bahkan paling penting di sini iaitu  dengan memberi pengawasan tetapi bukanlah membuat anak-anak terasa dikongkong sehingga mengekang setiap perkara yang diminati dalam kalangan anak-anak mereka.

    Seterusnya, ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi media sosial anak-anak mereka Ibu bapa diingatkan supaya memantau penggunaan media sosial anak-anak bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan pemikiran dan jati diri.

    Selain itu, peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa perlulah memberi didikan agama yang mantap kepada anak-anak sebagai pendinding kepada anak-anak agar terelak daripada dakyah songsang Barat. Internet bukanlah sesuatu yang mudah dikawal “programming”nya. Oleh sebab itu, banyak laman-laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti budaya Black Metal, Skin Head dan pornografi tersebar dengan begitu pantas di Internet. 

    Melalui didikan agama yang mantap sahaja, anak-anak dapat membezakan yang mana perbuatan yang keji dan yang mana perbuatan yang mulia. Sabda Rasulullah SAW ‘akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu’. Sekiranya anak-anak melayari laman-laman web yang berunsur negatif sudah pasti merosakkan minda mereka dan menyebabkan mereka lalai untuk menyelesaikan tuntutan agama yang wajib mereka tunaikan seperti sembahyang lima waktu sehari semalam serta menjalankan tanggungjawab belajar kerana hanya dengan pendidikan mereka mampu mengubah status ekonomi keluarga. Oleh itu, jelaslah bahawa memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak adalah penting bagi mengurangkan masalah penyalahgunaan Internet.



KESIMPULAN

    Menerusi fakta-fakta dan keterangan yang telah dijelaskan tadi, dapat disimpulkan bahawa pergaulan bebas sememangnya dikutuk oleh agama islam di negara kita. Pergaulan bebas ini beerti melakukan hal-hal diatas tanpa takut menyalahi norma-norma yang ada dalam masyarakat.. Selain itu juga, pergaulan bebas boleh berlaku kerana penggunaan media sosial yang melampau misalnya penggunaan blog, website serta laman web sosial seperti Facebook yang merangkumi unsur negativ yang menyababkan pergaulan bebas . Malah, apa yang mengecewakan lagi, perbuatan ini kerapkali dilakukan pada masa kini.

    Antara punca-punca yang telah dikenalpasti adalah internet sememangnya tidak mempunyai sebarang pemilik atau agensi yang bersifat mutlak keatas perkhidmatannya dan tidak mempunyai sebarang garis panduan yang jelas mengenai undang-undang penulisan siber.

    Selain itu, antara kesan-kesan yang dadapati adalah seperti menimbulkan pembuangan bayi, perceraian dan keruntuhan rumahtangga,Selain itu, mampu tersebarnya penyakit-penyakit yang  membawa maut disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal.

    Di samping itu, langkah-langkah untuk membendung gejala ini berlaku juga turut diketengahan. Antaranya adalah seperti peranan Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Selain itu, peranan pihak sekolah. Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan seks melalui ceramah. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini dalam peringkat akhir mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka dari terbabit dalam kegiatan tidak bermoral seperti pergaulan bebas.

Firman Allah Taala,

                             وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Firman Allah SWT di dalam Surah al-Isra’, 17:32, bermaksud:
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

LAMPIRAN
 
 keratan akhbar yang menunjukkan bahawa media sosial banyak membawa kepada kesan berlakunya pergaulan bebas


 
Keratan akhbar tersebut menunjukkan bahawa begitu mudahnya media sosial mempengaruh remaja untuk melakukan perkara yang boleh membawa kepada kesan negatif


 

Laporan tersebut menyatakan media sosial atau aplikasi sebagai contoh Facebook, Instagram dan Wechat  adalah antara punca pergaulan bebas terjadi.






RUJUKAN

1. https://www.researchgate.net/publication/305474305_PENGARUH_MEDIA_MASSA_TERHADAP_AKHLAK_PELAJAR

2. https://www.academia.edu/36050807/Isu_Penyalahgunaan_Media_Sosial_Dalam_Kalangan_Remaja

3. https://www.astroawani.com/gaya-hidup/ibu-bapa-perlu-pantau-penggunaan-media-sosial-anakanak-154342

4. https://lamintang.org/journal/index.php/ij-humass/article/view/21

PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS

  MAKSUD MEDIA SOSIAL        Pada zaman teknologi kini media sosial menjadi satu platform untuk berkomunikasi dengan cara atau melalui blog-...